OPERASI BERSEPADU PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA 1 DI SEKITAR KAWASAN KEMPAS, JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 6 Julai 2021 – Seramai 46 orang pegawai & anggota yang terdiri daripada 24 PDRM, 2 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), 3 Jabatan Tenaga Kerja (JTK), 2 MITI Johor, 2 PERKESO Johor, 9 KPDNHEP Johor dan 4 orang pegawai dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor, telah melakukan Operasi Bersepadu Pemantauan Pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1.

Operasi tertumpu kepada pemeriksaan kilang-kilang dan rantaiannya yang beroperasi dalam sektor-sektor perlu (essential) di kawasan Kempas, Johor Bahru, Johor.

Hasil pemeriksaan di dua (2) buah kilang, empat (4) kompaun telah dikeluarkan oleh pihak PDRM atas beberapa kesalahan melanggar SOP

Secara keseluruhannya, Operasi Bersepadu Pemantauan SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Operasi bersepadu dilaksanakan bagi meningkatkan lagi pematuhan orang ramai terhadap SOP semasa yang berkuat kuasa.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor

 

 

 

Sumber gambar:
Tim Pematuhan MKN Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Alat …
Maklumat Lanjut

KILANG TEMPATKAN 73 PEKERJA ASING DALAM KONTENA TANPA KELULUSAN

Sebuah kilang di kawasan perindustrian Arab Malaysian Nilai di sini dikesan gagal mematuhi standard penginapan pekerja apabila menempatkan 73 pekerja …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …
Maklumat Lanjut