SUMBANGAN MAKANAN UNTUK PETUGAS DI PPV SPICE ARENA DAN PPV USM KAMPUS INDUK

PULAU PINANG, 5 Julai 2021 – Pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Yayasan Food Bank Malaysia dan Legasi Z Sufi Sdn. Bhd, telah berbesar hati menyampaikan sumbangan berbentuk makanan kering kepada petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Spice Arena dan PPV Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk pada 3 Julai 2021 (Sabtu).

Pemberian sumbangan ini adalah sebagai tanda menghargai pengorbanan barisan hadapan khususnya petugas di PPV. Diharap sumbangan ini dapat menyuntik semangat dan motivasi para petugas.

Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di seluruh Negeri Pulau Pinang.

#MenangBersama

#LindungDiriLindungSemua

#MKN50

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut