LAWATAN PENGARAH KESELAMATAN NEGERI, MKN NEGERI JOHOR KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DI DAERAH PONTIAN

PONTIAN, 4 Julai 2021 – YBrs. En. Mohd Tarmizi bin Dan, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Johor bersama-sama dengan beberapa orang pegawai dari MKN Negeri Johor telah berkesempatan membuat tinjauan ke dua buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah Pontian iaitu  PPV Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Pekan Nenas dan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.

Pada hari ini, seramai 396 orang telah menerima vaksin di PPV Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Pekan Nenas. Manakala seramai 428 orang telah menerima vaksin di PPV Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim. Secara keseluruhannya, proses pemberian vaksin di kedua-dua PPV Daerah Pontian ini berjalan dengan baik dan lancar.

Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di daerah Pontian.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada golongan komorbid dan luar bandar sekaligus #ImunitiKelompok dapat dibentuk dengan segera. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber gambar: MKN Negeri Johor

         

Artikel/Berita Terkini

KEMPEN DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Assalamualaikum dan …

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …

30 PINTU RUMAH KONGSI MUSNAH TERBAKAR

MUSNAH: Sebanyak 30 pintu rumah kongsi musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, Tawau, pagi …