PONTIAN, 1 Julai 2021 – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Benut, Pontian telah mula beroperasi pada hari ini untuk memberi vaksin kepada penduduk di daerah Pontian dan sekitarnya dengan kapasiti seramai 400 orang penerima vaksin sehari. Seramai 500 orang dijangka akan menerima vaksin di PPV Dewan Serbaguna Benut pada hari ini dengan penerima vaksin yang tertua berumur 102 tahun.

YAB Menteri Besar Johor telah sudi meluangkan masa untuk meninjau keadaan dan menyantuni para penerima vaksin di PPV Dewan Serbaguna Benut pada hari ini. Turut hadir bersama ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Pegawai Daerah Pontian, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Johor, Pentadbir Tanah Pontian dan Pegawai Kesihatan Daerah Pontian.

YAB Menteri Besar Johor juga turut berkesempatan untuk membuat penyerahan simbolik mock cheque Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 bagi membiayai perbelanjaan operasi di PPV dan Sekatan Jalan Raya (SJR) untuk kebajikan petugas barisan hadapan berjumlah RM20 juta kepada CITF Negeri Johor serta penyerahan sumbangan Pusat Khidmat ADUN Benut kepada Tabung Bencana Daerah Pontian berjumlah RM15 ribu.

Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di daerah Pontian.

Ayuh rakyat Johor. Marilah mendaftar bagi mendapatkan vaksin bagi yang belum mendaftar. Ke arah #ImunitiKelompok dengan segera! Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

     

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut