PKPD 2 LOKALITI DI WP KUALA LUMPUR (1-14 JULAI 2021)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan situasi COVID-19 di dua (2) lokaliti di WP Kuala Lumpur melibatkan:-

  • Projek Perumahan Rakyat (PPR), Taman Ria; dan
  • Taman Bukit Angkasa.

Sehingga kini, KKM telah melakukan 861 ujian saringan di PPR Pantai Ria dan 171 daripadanya disahkan positif Covid-19 manakala di Taman Bukit Angkasa, sebanyak 153 kes direkodkan selepas 697 orang penduduk menjalani ujian saringan.

KKM juga mendapat kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di kedua-dua lokaliti tersebut.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 2 lokaliti di WP Kuala Lumpur berkuatkuasa 1 Julai 2021 hingga 14 Julai 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan ke kawasan lain.

SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my

 

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut