PEMANTAUAN SOP PKP OLEH JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH(JPBD) KE SEKTOR PENGILANGAN & PEMBUATAN DAERAH PERAK TENGAH

PERAK TENGAH, 22 Jun 2021 – Lawatan pemantauan SOP oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Perak Tengah telah dijalankan ke atas 2 buah kilang di daerah ini.

Keanggotaan pasukan pemantauan JPBD ini yang terdiri daripada PDT, PDRM, MDPT, PKD, APM, MKN dan wakil daripada JKKP ini telah memantau dan memeriksa rutin pengoperasian kilang dan premis bagi memastikan pematuhan pelaksanaan SOP PKP 3.0 yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan.

Pemantauan SOP oleh jawatankuasa ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dan arahan penutupan pengoperasian premis akan dikeluarkan sekiranya pihak premis gagal untuk mematuhi SOP yang berkuatkuasa.

Secara keseluruhannya, protokol kesihatan penting telah dipatuhi oleh majikan kilang seperti penggunaan aplikasi MySejahtera, alat pengimbas suhu dan hand sanitizer turut disediakan di laluan keluar masuk premis.

Program lawatan pemantauan SOP berjalan lancar dan semua premis mengikut segala SOP PKP 3.0 yang ditetapkan.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut