OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN SEKTOR PEMBUATAN DIBAWAH AKTA 342 DI DAERAH SEREMBAN

May be an image of one or more people, people standing and indoor    May be an image of indoor   May be an image of one or more people, people sitting, people standing, indoor and text that says "E BILAN N"

SEREMBAN, 22 JUN – Bertindak atas maklumat, satu Operasi Bersepadu telah diadakan oleh MKN Negeri Sembilan bersama Balai Polis Campbell dan Balai Polis Nilai bertempat di beberapa buah kilang sekitar kawasan Seremban dan Nilai. Hasil pemeriksaan ini mendapati terdapat beberapa syarikat yang menjalankan operasi dibawah sektor bukan perkhidmatan perlu dan gagal mematuhi kapasiti 60% jumlah pekerja yang dibenarkan.

Tindakan telah diambil oleh MKN NS dan pihak PDRM dengan mengarahkan penutupan kilang secara serta merta dan amaran keras terhadap kilang yang didapati melanggar SOP Am PKP Fasa Pertama bertarikh 15/6/2021 – 28/6/2021. Pemantauan berkala turut akan dijalankan ke atas kilang-kilang terbabit bagi memastikan tiada pengulangan pelanggaran SOP berlaku.

Operasi bersepadu seumpama ini akan terus dilaksanakan secara berkala bagi memastikan SOP PKP Fasa Pertama sentiasa dipatuhi oleh semua pihak dan seterusnya bersama-sama memainkan peranan dalam membendung, mengawal serta mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 di Negeri ini secara amnya.

 May be an image of indoor    May be an image of outdoors   May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person, standing and text that says "MKN NEGERI SEMBILAN"    May be an image of indoor    May be an image of standing

May be an image of one or more people, people standing and indoor    May be an image of indoor    No photo description available.

 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut