OPERASI BERSEPADU PEMANTAUAN SOP 3.0 DI SEMUA KILANG & PREMIS DAERAH BAGAN DATUK/ HUTAN MELINTANG

BAGAN DATUK, 22 Jun 2021 – Pemantauan bersepadu antara agensi di daerah ini telah dilaksanakan bagi memantau pengoperasian dan pematuhan SOP bagi sektor pengilangan dan pembuatan.

Kekuatan anggota seramai 22 orang yang terdiri daripada pelbagai agensi seperti PDRM, MKN, PKD, KPDNHEP, JKDM, JTK dan JaPen Bagan Datuk telah bersama dalam operasi bersepadu ini.

Hasil pemantauan mendapati kebanyakan premis mematuhi SOP yang telah ditetapkan seperti penggunaan aplikasi Mysejahtera serta imbasan suhu badan di laluan masuk premis. Penyediaan hand sanitizer, buku catatan kehadiran staf/pelawat dan rekod suhu serta laluan keluar masuk dengan penjarakan 1 meter juga turut dilaksanakan. Kapasiti 60% kehadiran pekerja juga turut dipatuhi oleh pihak majikan.

Namun, pendidikan kesihatan dan nasihat yang berterusan mengenai SOP dan pelaksanaan deklarasi kesihatan setiap pekerja perlu diteruskan dalam memastikan usaha negara untuk mengekang penularan COVID19.

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut