OPERASI TIM PEMANTAUAN BERSEPADU KETUA POLIS PERAK KE KAWASAN PERINDUSTRIAN CHEMOR, IPOH, PERAK

IPOH, 17 Jun 2021- Satu sesi pemantauan secara sinergi telah dilaksanakan di kawasan perindustrian Chemor, Ipoh, Perak yang diketuai oleh YDH CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid, Ketua Polis Perak.

Seramai 60 anggota daripada pelbagai agensi seperti PDRM, JKKP, PBT, SSM, KDN, KASTAM, MKN, KKM, MITI dan JIM telah terlibat dalam operasi bersepadu ini bagi tujuan memantau dan memastikan segala SOP dipatuhi oleh setiap pemilik premis dan pekerja dalam perkhidmatan tersebut.

Hasil pemantauan mendapati kebanyakan pemilik premis dan pekerja mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan namun, kompaun sebanyak RM50,000 telah dikeluarkan ke atas sebuah kilang yang beroperasi bukan di bawah sektor yang dibenarkan.

Semua pihak digesa untuk sentiasa mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan dalam membantu usaha Kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19.

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut