TINJAUAN PELAKSANAAN PKPD DI ASRAMA PEKERJA WARGA ASING, JALAN RIVERA, TANJUNG AGAS, TANGKAK, JOHOR

TANGKAK, 15 Jun 2021 – MKN Negeri Johor telah berkesempatan membuat tinjauan ke kawasan Asrama Pekerja Warga Asing, Jalan Rivera, Tanjung Agas, Tangkak, Johor yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 16 Jun hingga 29 Jun 2021.

Pengarah Keselamatan Negeri Johor, Encik Mohd Tarmizi bin Dan juga meluangkan masa melihat persediaan agensi-agensi berkaitan untuk pelaksanaan PKPD ini. Turut hadir bersama adalah Dr. Rosilah Binti Yahya, Pengarah Kesihatan Daerah Tangkak, En. Ezlan Farid Bin Mohd Said, Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak, Supt Mohd Fadhil Bin Minhat, Ketua Polis Daerah Tangkak, En. Norrizam bin Muhamad, Pentadbir Tanah Daerah Tangkak, En. Muhamad Syafiq bin Othman, Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Kapt. (PA) Muhammad Izzuddin bin Ali, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Tangkak dan wakil daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Seramai sekurang-kurangnya 50 orang petugas akan dipertanggungjawabkan bagi memastikan PKPD di Asrama Pekerja Warga Asing, Jalan Rivera, Tanjung Agas, Tangkak, Johor berjalan lancar. Terima kasih kepada anggota dan pegawai daripada Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak, Pejabat Daerah Tangkak,     Majlis Daerah Tangkak, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Tangkak, Jabatan Penerangan Daerah Tangkak dan pihak-pihak yang terlibat dalam PKPD Asrama Pekerja Warga Asing, Jalan Rivera, Tanjung Agas, Tangkak, Johor.

Pesanan untuk semua rakyat Johor. Terus amalkan kawalan kendiri. Terus kekal di rumah. Keluar hanya bila perlu. Terus amalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka apabila berada di luar dan elakkan 3S (tempat sesak, tempat sempit dan sembang dekat). Hanya kita yang mampu mengawalnya. Kerana kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut