TINJAUAN KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DEWAN JUBLI INTAN SULTAN IBRAHIM, PONTIAN, JOHOR

PONTIAN, 13 Jun 2021 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor (MKN Negeri Johor) telah berkesempatan membuat tinjauan ke PPV Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.

PPV ini beroperasi untuk memberi vaksin penduduk di daerah Pontian dengan kapasiti seramai 400 hingga 600 orang penerima vaksin sehari. Seramai 598 orang dijangka akan menerima vaksin di PPV Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian pada hari tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di daerah Pontian.

Diharapkan usaha dan kerjasama semua pihak ini akan mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia sekaligus imuniti kelompok dapat dibentuk dengan lebih cepat. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

         
   

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut