SIMULASI PPV INDUSTRI – BUKIT JAWI GOLF RESORT, PULAU PINANG

SUNGAI JAWI, 14 Jun 2021 – Simulasi pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri di Bukit Jawi Golf Resort, Sungai Jawi telah dilaksanakan pada hari ini. PPV Bukit Jawi Golf Resort yang merupakan PPV Industri pertama di Negeri Pulau Pinang akan mula beroperasi pada 16 Jun ini dengan sasaran pemberian vaksin sehingga 1,500 orang sehari.

PPV Industri adalah bertujuan untuk memberikan suntikan kepada pekerja-pekerja industri yang terpaksa bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Sehingga kini, Pulau Pinang akan turut membuka PPV Industri di Hotel Equatorial Penang, Bukit Jambul pada 28 Jun 2021 yang juga menyasarkan pemberian vaksin sehingga 1,500 orang sehari.

Dalam perkembangan lain, tiga buah PPV melibatkan hospital swasta juga telah mula beroperasi mulai 7 Jun 2021 yang lepas. Hospital swasta yang berkenaan adalah Hospital Pantai Pulau Pinang, Hospital KPJ Penang Specialist dan Hospital Lam Wah Ee.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Pulau Pinang https://www.facebook.com/mknpenang.msia

         

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut