PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 (PKRC) OLIVE B, HOSPITAL PERMAI KINI BEROPERASI

JOHOR BAHRU, 13 Jun 2021 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor berkesempatan membuat lawatan ke PKRC ketiga yang dibuka di Negeri Johor yang mula beroperasi pada 13 Jun 2021 iaitu PKRC Olive B, Hospital Permai, Johor Bahru.

Lawatan diketuai oleh YB Dato’ Abdul Rahman bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru, diiringi oleh Pengarah PKRC Olive B, YBrs. Dr. Mohamad Faiz bin Maarof serta pegawai dan kakitangan agensi-agensi yang terlibat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Pejabat Daerah Johor Bahru, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Angkatan Pertahanan Awam Negeri Johor dan pihak sukarelawan daripada Southern Volunteers.

PKRC Olive B ini merupakan PKRC ketiga (PKRC Awam Kedua) yang dibuka di Negeri Johor dan dijangka dapat memuatkan sehingga 585 pesakit pada satu-satu masa. PKRC Olive B menyasarkan untuk menempatkan pesakit yang terdiri daripada wanita, ibu mengandung dan kanak-kanak bawah 12 tahun bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pesakit terjaga. PKRC Olive B dijangka menerima pesakit pada 13 Jun 2021 (Ahad).

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus untuk memastikan PKRC Olive B ini dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Terima kasih juga diucapkan kepada NGO yang telah memberikan sumbangan kepada PKRC Olive B, Hospital Permai, Johor Bahru.

Pesanan untuk semua rakyat Johor. Terus amalkan kawalan kendiri. Terus kekal di rumah. Keluar hanya bila perlu. Terus amalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka apabila berada di luar dan elakkan 3S (tempat sesak, tempat sempit dan sembang dekat). Hanya kita yang mampu mengawalnya. Kerana kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

   
 
  
 

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut