OPS PEMATUHAN SOP TAPAK BINA

 

KUALA LUMPUR, 09 JUN 2021Construction Industry Development Board (CIDB) / Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia telah melaksanakan satu Operasi Bersepadu Pematuhan SOP Tapak Bina sewaktu PKP 3.0. Operasi berkenaan telah dilaksanakan bersama PDRM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di tapak bina di Mukim Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

 

Notis Pemberhentian Kerja N3B/2015 dikeluarkan dan Kesalahan Notis N3B(1)(b)-perlanggaran kewajipan Kontraktor telah dikeluarkan. Tapak bina tersebut telah diarahkan untuk menghentikan operasi serta merta oleh Penguatkuasa CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana Pengisytiharaan untuk kebenaran beroperasi (MITI) didapati bercanggah di tapak beroperasi dan  rumah penginapan pekerja yang disediakan di tapak bina tiada kelulusan Jabatan Tenaga Kerja (JTK)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 

Ketahui berita-berita pembinaan di Telegram rasmi CIDB Malaysia https://t.me/cidbmy atau hubungi hotline CIDB di 03-5567 3300 untuk sebarang pertanyaan atau laporan yang meragukan di kawasan tapak bina.

 

 

 

Sumber: https://www.facebook.com/CIDBOfficial/

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut