PROGRAM SARINGAN COVID-19 PERCUMA UNTUK PENGHUNI PA/PPR DBKL

KUALA LUMPUR, 5 JUN 2021 – Sekitar hari pertama program Saringan Covid-19 Percuma untuk penghuni PA/PPR DBKL.

Program hari ini dimulakan di PA Seri Sabah 3A & 3B Cheras, PA Seri Kota Bandar Tun Razak, PA Seri Pulau Pinang, Cheras dan Kg. Sg. Penchala.

Program berjalan lancar dan teratur dengan kerjasama Persatuan Penduduk dan penduduk setempat yang telah menjadualkan giliran tingkat dan blok yang perlu dibuat saringan.

Sambutan daripada penghuni adalah amat menggalakan walaupun program ini dilaksanakan secara sukarela.

Penghuni yang terlibat pada hari ini mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL serta agensi yang terlibat menyediakan program seumpama ini.

Mereka menyatakan dengan kemudahan seumpama ini dapat memastikan kesediaan mereka dalam menghadapi pandemik ini.

Langkah yang dianjurkan ini turut dapat mengurangkan beban mereka untuk menjalankan proses saringan secara bersendirian.

Program ini akan diteruskan mengikut jadual yang telah diatur.

 

Sama-sama kita menjaga keselamatan diri!

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

Sumber: https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut