BULI SIBER

Perbuatan buli siber ini merupakan perbuatan berulang dengan tujuan untuk menakutkan, mendatangkan kemarahan dan memalukan seseorang menggunakan kemudahan komunikasi manggunakan teknologi seperti teks, chatting, emel, laman web sosial, telefon bimbit dan permainan internet.

Gejala buli siber ini  mempunyai kesan segera dan meluas memandangkan serangan pembuli boleh berlaku selama 24 jam sehari dengan kapasiti yang luas. Hal ini berbeza dengan buli secara tradisional yang dilakukan secara bersemuka. Buli siber juga menyebabkan kebimbangan yang unik kerana ia:

  • Berterusan: Penggunaan teknologi membolehkan komunikasi berlangsung selama 24 jam. Hal ini menyebabkan pembulian ini boleh berlaku tanpa henti dan mengakibatkan kesukaran kepada mangsa buli untuk mendapatkan perlindungan.
  • Kekal: Maklumat yang dikongsi melalui sistem elektronik atau internet ini kebiasaannya bersifat kekal dan terbuka. Oleh yang demikian, sebarang perkongsian negatif dalam laman ini akan sentiasa menghantui mangsa buli. Hal ini mendatangkan trauma yang berpanjangan buat mangsa buli dan melupakan kejadian buli ini akan menjadi lebih sukar.
  • Sukar untuk dikenalpasti: Buli siber sukar untuk dikenalpasti kerana buli ini tidak berlaku di depan mata dan biasanya mangsa buli sukar untuk berterus-terang tentang kejadian buli yang berlaku kerana merasa terhina akan stigma sosial.

Kesan buli siber kepada mangsa dapat dibahagikan kepada kesan emosi, fizikal dan mental. Antara kesannya termasuklah depresi, kemurungan, perbuatan melukakan dan mencederakan diri sendiri sehingga akhirnya jika tidak dibendung akan mengakibatkan bunuh diri. Kesan fizikal kepada mangsa termasuklah masalah gastrousus seperti sakit perut, muntah dan ulser perut; gangguan pada pola makan dan tidur. Hal ini menyebabkan mangsa akan sentiasa merasa penat dan kelelahan. Antara langkah menangani buli siber adalah dengan berkongsi masalah kepada orang yang lebih dewasa seperti ibu bapa, berehat daripada media sosial bagi memberi ruang pemuihan kepada mangsa dan mangsa tidak digalakan untuk bertidak balas secara langsung dengan pembuli kerana dikhuatiri pembuli akan bertindak lebih agresif. Harus diingat bahawa buli siber merupakan satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang.

 

Sumber rujukan:

  1. http://www.myhealth.gov.my/cyberbullying/
  2. https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/viewFile/34307/9703
  3. https://www.stopbullying.gov/cyberbullying/what-is-it
  4. https://www.verywellfamily.com/what-are-the-effects-of-cyberbullying-460558#emotional-effects-of-cyberbullying
  5. https://www.unicef.org/end-violence/how-to-stop-cyberbullying

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

AKPS PERKENAL HOLOGRAM DI KLIA TERMINAL 1, BANTU PENGEMBARA DAPATKAN MAKLUMAT KETIBAAN

SEPANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) membangunkan teknologi hologram yang akan ditempatkan di bangunan satelit Lapangan Terbang Antarabangsa …

KENDERAAN TIDAK DISELENGGARA, TAYAR MENJADI RISIKO!

Jalan basah, tayar bermasalah — risiko kemalangan meningkat! Tayar merupakan komponen penting yang menentukan cengkaman dan kestabilan kenderaan, khususnya ketika …

JANGKITAN SALURAN PERNAFASAN ATAS/UPPER RESPIRATORY TRACT INGECTION (URTI)

Jangkitan Saluran Pernafasan Atas atau Upper Respiratory Tract Infection (URTI) merupakan jangkitan yang melibatkan saluran pernafasan atas, termasuk hidung, mulut, …