KUALA LUMPUR, 3 APRIL 2020 – Tim Task Force Pematuhan SOP MKN WPKL berkesempatan meninjau pelaksanaan SOP bagi Perlawanan Liga Super anjuran Malaysia Football League (MFL)ย bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Perlawanan Liga Super ini menjadi projek perintis kepada kemasukan semula penonton ke stadium di mana seramai 10 peratus atau maksimum 2,000 penonton dibenarkan masuk ke stadium untuk manyaksikan perlawanan di negeri PKPB.

Satu perlawanan projek perintis telah berlangsung di antara Kuala Lumpur City FC dan Sabah FC.