KOMTAR, 1 April 2021 – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) COVID-19 Negeri Pulau Pinang Bil.6/2021 telah dilaksanakan secara bersemuka dan sidang video pada hari ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri ini memberi fokus kepada gerak kerja dan kerjasama semua agensi berkaitan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19. YAB Ketua Menteri turut berkongsi pandangan bahawa pengekalan Negeri Pulau Pinang sebagai Negeri PKPB bersama beberapa negeri PKPB yang lain adalah satu manifestasi dalam usaha-usaha untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19. Sehubungan itu, isu penularan COVID-19 masih perlu diberi tumpuan dan dipandang serius oleh semua pihak. Beliau turut berkata, “Kita masih belum menang, dan masih perlu berganding bahu sebagai pasukan yang kuat untuk memutuskan rantaian COVID-19 di Negeri ini”.