Kita pernah dihiburkan oleh karikatur ini suatu ketika dahulu. Setiap karakter yang dinukilkan oleh pelukisnya adalah cerminan terhadap kehidupan rakyat Malaysia ketika itu. Ianya adalah lambang keharmonian masyarakat majmuk negara ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah berkolaborasi dengan Datuk Lat untuk mempamerkan karakter-karakter ini di pusat bandar Kuala Lumpur bagi tatapan generasi kini dan akan datang serta mengamit kenangan buat generasi seangkatannya.
Ia juga sebagai pengiktirafan bahawa negara ini punyai kartunis bertaraf dunia dan hasilnya perlu dikongsi bersama.
Mungkin ramai generasi baharu di negara ini yang tidak mengenali kartunis legenda kita ini. Dengan usaha DBKL ini, setidak-tidaknya ia akan kembali mengerak hati generasi ini untuk lebih mengenali hasil tangan beliau.
Terletak di laluan Jejak Warisan Leboh Ampang / Jalan Melaka / Bukit Nanas.
Karakter-karakter ini pastinya akan mengamit memori kita suatu ketika dahulu biarpun bandaraya ini mula mengorak langkah ke arah pembangunan yang lebih pesat!



