Melaka, 8 Februari 2021 – Pihak Polis Melaka telah mengambil tanggungjawab dengan pemantauan individu yang diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah.
Bagi membantu mengekang penularan Covid-19, Polis Melaka telah mempergiatkan usaha pemantauan pematuhan dalam kalangan individu yang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, ACP Mohd Sukri bin Kaman bersama-sama pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Melaka telah membuat pemantauan selama 3 hari ke atas 133 premis kediaman melibatkan 330 individu yang dikuarantin di rumah. Pemantauan ini dijalankan di tiga daerah iaitu di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Hasil pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati semua individu yang dikuarantin telah mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu menjalani pengasingan diri di rumah dan tiada pelanggaran SOP.
Polis Melaka mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Melaka yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Pemantauan akan dilakukan secara berterusan dari semasa ke semasa.
#kitajagakita
#lindungidirikita
#lindungikeluargakita
#MelakapatuhSOP