INFO ON WHEELS (IOW) PKP 2.0 – KEMPEN PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU DAN PROKLAMASI DARURAT

JASIN, 7 Februari 2021 – Hebahan Info On Wheels (IOW) Pejabat Penerangan Daerah Jasin dengan kerjasama IPD Jasin dan ATM telah diadakan di kawasan tumpuan awam di Daerah Jasin. Antara lokasi yang terlibat adalah:

1. Pasar Tani Merlimau
2. Pasar Awam Merlimau
3. Pusat Perniagaan Bandar Baru Merlimau
4. Sekitar Bandar Merlimau
5. Kg Sg Renggi

6. Kg Air Tawar
7. Kg Sebatu
8. Kg Parit Alai
9. Jeti Kuala Sebatu
10. Pekan Sungai Rambai
11. Pasar Awam Sungai Rambai
12. Pusat Perniagaan Pekan Sungai Rambai

Jumlah Edaran Bahan Penerbitan:
Sebanyak 200 naskhah bahan penerbitan Pembudayaan Norma Baharu dan poster berkaitan telah diedarkan kepada orang ramai oleh pihak PDRM dan ATM.

Situasi / Reaksi Awam:

1) Kelihatan ramai orang berada di kawasan tumpuan iaitu di pasar basah terutamanya di Pasar Awam Merlimau.
2) Kedai makan menjalankan aktiviti beli dan bungkus.
3) Masih terdapat banyak kenderaan dijalan raya.
4) Aplikasi MySejahtera dan pemeriksaan suhu badan mengikut SOP di kawasan hebahan.
5) Tiada saman dikeluarkan oleh pihak PDRM.
6) Suasana di Pasar Tani, Pasar Basah dan Pusat Perniagaan terkawal dan patuh SOP.
7) Orang ramai menyambut baik edaran bahan penerbitan dan hebahan yang dibuat.

 

#MelakapatuhSOP #kitajagakita

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut