OPERASI PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PKP COVID-19 DI PASAR BORONG BATU BERENDAM

Batu Berendam – Pada 6 Februari 2021, jam 7.00 pagi bertempat di Pasar Borong Batu Berendam, Melaka telah diadakan Operasi Pemantauan Pematuhan PKP Covid-19. Operasi diketuai oleh DSP Gunasegaran dari IPD Melaka Tengah.

 

Sepanjang pemantauan ini pihak penganjur pasar borong dan orang ramai telah mematuhi SOP PKP 100%.

  • Pengunjung memakai pelitup muka
  • Pengunjung menggunakan aplikasi MySejahtera dan mengimbas suhu badan sebelum masuk ke premis
  • Pihak premis telah menyediakan laluan khas untuk pekerja dan pelanggan dan dikawal ketat oleh pekerja pasar borong
  • Pihak premis turut menghadkan pergerakan keluar/masuk pengunjung ke dalam premisΒ  dengan penjarakan 1 meter

Sepanjang pemantauan ini tiada perkara yang buruk berlaku. Reaksi orang ramai mendapati mereka menyambut baik kehadiran pihak polis dan MPHJ dalam kawasan pasar borong.

#MelakapatuhSOP
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut