Adakah Anda Kontak Rapat Kes Positif?

Salah seorang pekerja di pejabat anda, En Osman telah dihubungi oleh Pejabat Kesihatan kerana telah dikenalpasti sebagai kontak rapat kes positif. Beliau telah diminta untuk datang ke klinik kesihatan untuk ujian swab.

Persoalannya, Adakah anda dan seluruh rakan sepejabat perlu dikuarantin dan perlu menjalani ujian swab?

TIDAK.

Selagi, En Osman belum disahkan positif covid-19, anda dan seluruh rakan sepejabat tidak dianggap sebagai kontak kepada kes positif. Anda tidak perlu panik dan beratur di Klinik Kesihatan kerana anda belum lagi menjadi kontak kepada kes.

Apa yang perlu dilakukan oleh Kontak Kepada Kontak Kes Positif?

✔️ Terus jaga SOP seperti biasa
✔️ Pakai pelitup muka ditempat kerja
✔️ Kerap lakukan disinfeksi
✔️ Awasi jika ada gejala, baru dapatkan pemeriksaan

Artikel/Berita Terkini

APA ITU i-KAD?

𝙞-𝗞𝗔𝗗 adalah dokumen penting yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS). Kad ini diberikan …

PENGHANTARAN UBAT MELALUI POS SECARA PERCUMA BERMULA 1 OKT 2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, …

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Kastam …