PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU BERSAMA KEPIMPINAN MASYARAKAT ORANG ASLI

JASIN – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan/Melaka dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka telah mengadakan Program Pembudayaan Norma Baharu bersama Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Negeri Melaka pada Sabtu lalu bertempat di Perkampungan Orang Asli Air Dusun, Jasin.

Objektif utama pelaksanaan program tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat Orang Asli untuk menjaga kebersihan diri dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Dalam program tersebut, barisan kepimpinan yang terdiri dari Tok Batin dan Jenang diberikan pendidikan khusus oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka tentang bagaimana menjalani kehidupan dengan norma yang baharu  di samping bersama membantu Kerajaan dalam mengekang penularan wabak COVID19 di Malaysia.

Turut hadir, Penghulu DUN Machap Jaya mewakili Penyelaras DUN Machap Jaya, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka dan Pengarah JAKOA Negeri Sembilan/Melaka.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut