COVID-19 DIPERANGI, DEEPAVALI DIRAI

 

KUALA LUMPUR, 12 NOVEMBER 2020 – Meskipun kita masih berperang dengan wabak Covid-19, perayaan pesta cahaya tetap akan disambut dengan sederhana.

 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini dengan kerjasama KKMart telah meraikan 100 keluarga miskin bandar dengan memberikan sumbangan sempena sambutan Deepavali. Setiap keluarga menerima food basket bernilai RM100, sumbangan wang tunai RM50 dan pelitup muka.

 

Uniknya, acara penyerahan sumbangan ini dilakukan secara pandu lalu bersesuaian dengan seruan pematuhan SOP yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Sumbangan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Santhara Kumar, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan; YBhg. Datuk Hajah Rosida Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan YBhg. Datuk Ibrahim Yusoff, Pengarah Eksekutif Sosio-ekonomi DBKL.

 

#SayangiKualaLumpur

#welovekualalumpur

#kualalumpurkitapunya

#klwbc2020

#wilayahprihatin

#KLBandarku

 

Sumber: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut