Taklimat Penyelarasan SOP (PKPP), Daerah Kerian

Tarikh : 23 Oktober 2020 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik CME Pejabat Kesihatan Daerah Kerian
Penglibatan : Ketua-ketua jabatan Daerah Kerian
Anjuran : Pejabat Kesihatan Daerah Kerian

Kandungan Program :

  • KKM menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan pendekatan 3W dengan mengelakkan 3C atau 3S sebagai kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian bagi mengawal penularan COVID-19
  • Konsep 3W merangkumi kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).
  • Elakkan 3C dan 3S, iaitu jauhi kawasan yang sesak, elakkan kawasan yang sempit dan elakkan sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat
  • KKM menyarankan bahawa semua masyarakat haruslah membiasakan diri dengan kebiasaan norma baharu dan melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter antara individu mengikut keluasan sesuatu kawasan/ premis/ bangunanTidak bersentuhan dengan orang lain seperti bersalaman
  • Diwajibkan memakai face mask apabila bergejala seperti batuk, selsema atau sakit tekak serta menggunakan face mask apabila berada di tempat awam yang sesak
  • Patuhi arahan dan nasihat kerajaan berkaitan perjalanan ke luar negara.
  • Mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian dan Agensi berkaitan dari semasa ke semasa.

Dalam program tersebut turut dijemput MKN Perak untuk memberi perkongsian ilmu mengenai penyelarasan penguatkuasaan serta isu-isu semasa melibatkan pematuhan terhadap SOP.

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut