Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kelantan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kelantan telah melaksanakan Program Rintis Bersama Komuniti Pengkalan Chepa pada 24 Oktober 2020.

Program yang menerima penyertaan daripada kaum wanita ini bertujuan untuk memberi pendedahan berhubung isu keselamatan semasa di Kelantan, tanggungjawab mendidik keluarga mengenai bahaya dadah serta hak kaum wanita dalam rumah tangga.
