DBKL, BOMBA LAKSANA SANITASI AWAM CEGAH COVID-19

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil langkah dengan meneruskan operasi sanitasi awam di ibu negara bagi mencegah penularan COVID-19.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che’ Ngah berkata, operasi yang dijalankan pada 17 Oktober 2020 itu melibatkan kawasan sekitar Dataran Merdeka melibatkan kira-kira radius 500 meter.

“Antara kawasan yang terlibat termasuklah Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Jalan Bukit Nenas, Jalan Petaling dan kawasan Pasar Seni sejauh radius 500 meter”

“Operasi ini melibatkan sejumlah 80 anggota yang terdiri daripada 45 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan 35 kakitangan Jabatan Kesihatan Alam Sekitar DBKL. Katanya, langkah ini adalah selaras dengan perkembangan COVID-19 yang telah memasuki gelombang ketiga sehingga menyebabkan Kuala Lumpur di kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kawasan yang dipilih merupakan kawasan hot spot yang menjadi tumpuan awam termasuk kawasan persinggahan gelandangan. Kita memilih pada hujung minggu selain jalan lengang dan tiada kenderaan yang membolehkan ia operasi berjalan dengan lancar”.

Ujar Mahadi lagi, beliau menyeru warga kota agar memberikan kerjasama untuk mematuhi Posedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Dengan pematuhan SOP, kita berharap dapat menyekat penularan virus tersebut seterusnya negara kita bebas daripada COVID-19.

Sumber: WilayahKu

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut