WILAYAH CAKNA 3.0

PUTRAJAYA, 15 OKTOBER 2020 (KHAMIS) – Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini memperuntukkan inisiatif tambahan sebanyak RM39.75 juta bagi Wilayah Cakna 3.0.

    

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata inisiatif tambahan itu bagi membantu meringankan beban khususnya golongan Berpendapatan Rendah (B40) dan miskin yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, inisiatif Wilayah Cakna 3.0 adalah khusus kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan tidak melibatkan kluster petugas barisan hadapan, pesakit serta individu di bawah pemantauan COVID-19.

“Daripada RM39.75 juta, kementerian telah bersetuju untuk melaksanakan perkara berikut;

“Pertama, terdapat lebih 40,000 warga berpendapatan rendah yang menghuni rumah PPR dan Rumah Awam (RA) Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) yang mereka lazimnya kena membayar sewa setiap bulan.

“Pada hari ini saya ingin mengumumkan pada bulan-bulan berikutan dan akhir tahun kita telah bersetuju utnuk mengecualikan bayaran sewa rumah-rumah tersebut sampai akhir bulan Disember.

“Jadi, penghuni rumah PPR dan RA tidak perlu membayar sewa dan kita harapkan duit sewa itu boleh mereka gunakan untuk perbelanjaan lain,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Pengumuman Khas Inisiatif Wilayah Cakna 3.0 di Menara Sri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan. Mengulas lanjut, Annuar berkata sebanyak 5,830 penjaja dan peniaga kecil berlesen akan turut dikecualikan caj sewaan premis niaga melibatkan pengecualian hasil kepada DBKL sebanyak RM2.5 juta.

Selain itu, katanya seramai 302 penjaja dan peniaga kecil di Putrajaya akan menikmati pengecualian caj sewaan premis milik Perbadanan Putrajaya (PPj) bermula Oktober hingga Disember ini berjumlah RM1.87 juta.

Sebanyak RM100 turut diperuntukkan dalam bentuk baucar makanan kepada golongan asnaf dan B40 bagi menyediakan bantuan ‘food pack’.

“Pelajar-pelajar daripada kumpulan berpendapatan rendah di Kuala Lumpur akan menerima baucar bantuan buku latihan sekolah bernilai RM100 daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

“Manakala, 1,000 orang pelajar miskin di Putrajaya juga turut menerima baucar Back to School bernilai RM100 daripada PPj sebagai persediaan persekolahan pada tahun depan,” tambahnya.

Menerusi pakej Wilayah Cakna 3.0 juga, Annuar mengumumkan sebanyak RM3,000 secara one-off akan diberikan kepada 11 Majlis Perwakilan Penduduk Kuala Lumpur dan enam sub zon Putrajaya.

Sementara itu, sebanyak RM2,000 lagi diberikan secara one-off kepada 570 persatuan-persatuan penduduk di kawasan berkenaan.

Tambah Annuar, sebanyak RM1.4 juta turut diperuntukkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), selain Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberikan bantuan kecemasan khas COVID-19 berjumlah RM12.7 juta.

Pada 25 Mac lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan mewujudkan Inisiatif Wilayah Cakna dengan peruntukan RM63.6 juta bagi membantu warga kota dalam menguruskan impak penularan wabak COVID-19.

Sumber: Astro Awani

Gambar: Ihsan daripada FB Kementerian Wilayah Persekutuan

 

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi …
Maklumat Lanjut

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (PDRM) NEGERI MELAKA

Ayer Keroh – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka dengan kerjasama Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah mengadakan Program …
Maklumat Lanjut