WALAUPUN berada di era milenium, namun mentaliti rakyat masih lagi terperangkap di zaman 80-an yang mana tempat pembuangan sampah adalah sungai. Malah, kehadiran bendasing seperti sofa, peti ais, televisyen, botol plastik dan lampin pakai buang menjadikan sungai tercemar dan kotor.
Justeru, bagi memastikan sungai dan alam sekitar terus terpelihara daripada menjadi lokasi buangan sampah sarap, aplikasi ROL Citizenโs Eye dibangunkan.
Ia membolehkan orang ramai yang melihat pencemaran atau individu membuang sampah ke dalam sungai membuat laporan terus kepada pihak berkuasa
Cara menggunakan aplikasi juga mudah selepas ia dimuat turun ke dalam telefon pintar yang mana pengadu hanya perlu mengambil gambar pencemaran dan menandakan lokasi kejadian sebelum menghantar laporan.
Menerusi aplikasi tersebut juga, pengadu boleh membuat laporan yang menunjukkan amalan pengurusan baik.
LAPOR PENCEMARAN SUNGAI SEKARANG UNTUK GENERASI AKAN DATANG!
Sumber: Wilayahku