OPS TEBAH

KUALA LUMPUR: Operasi Tegas Banteras Aktiviti Haram (TEBAH) oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan serbuan terhadap premis yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen/aktiviti hiburan tanpa lesen di Jalan Petaling.
Empat buah bar telah disita keranaย  beroperasi tanpa lesen perniagaan dan lesen hiburan dan diperincikan dengan pintu berkod keselamatan tinggi dan difahamkan hanya menyasarkan pelanggan tetap dan individu tertentu yang tahu kewujudannya.

 

Pihak DBKL telah mengarahkan pengusaha terbabit menghentikan operasi rumah tumpangan berkenaan dan meminta penghuni mengosongkan premis dalam tempoh 24 jam sebelum tindakan sita diambil.

 

Polis turutย mengambil tindakan terhadap 61 individu iaitu 52 tempatan dan sembilan warga asing mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan akan dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang sekiranya didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Operasi berkenaan akan dijalankan dari semasa ke semasa dan pihak DBKL tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menjalankan aktiviti haram

Sumber: FB DBKL

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA โ€“ AB RAUF

Ayer Keroh โ€“ Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut