KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PETRONAS WILAYAH UTARA & TENGAH KE PEJABAT PKN PERAK

Satu kunjungan hormat oleh YBrs. Encik Zukifli Othman selaku Ketua Wilayah bagi Petronas Utara & Tengah ke Pejabat YBrs. Tuan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak telah berlangsung pada 24 September 2020. Diiringi bersama tiga orang pegawai kanan, ini merupakan kunjungan pertama yang diadakan oleh beliau ke Pejabat MKN Negeri Perak.

Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk mempereratkan lagi kerjasama sedia ada yang terjalin lebih-lebih lagi bersama wakil Universiti Teknologi Petronas (UTP) cawangan Seri Iskandar di samping membincangkan dan berkongsi pendapat dan pengalaman terutamanya ketika negara dilanda wabak pandemik Covid-19 serta juga isu-isu keselamatan yang melibatkan kepentingan syarikat Petronas sendiri.

YBrs. Encik Zukifli telah menerangkan bahawa pentingnya kolaborasi serta kerjasama dua hala antara pihak Petronas bersama MKN kerana kesepaduan pihak MKN sendiri dalam menggerakkan dan mengkoordinasikan agensi-agensi keselamatan terutamanya pihak ATM dan PDRM telah terbukti dalam pelbagai insiden yang berlaku selama ini. Mengambil iktibar insiden PKP yang berlaku di negeri Kedah baru-baru ini, pengalaman Petronas dalam melaksanakan program Corporate Social Responsibility (CSR) dengan menggerakkan 2 unit jentera ROVR yang berkapasiti 3,000 liter minyak bagi kemudahan penduduk setempat yang terkesan dengan PKP agar bekalan minyak diesel dan petroleum tidak terputus, beliau amat berharap supaya usahasama antara agensi-agensi keselamatan yang terlibat dapat dipergiatkan lagi pada masa akan datang.

Beliau juga amat berbesar hati sekiranya pihak Petronas dapat lebih lagi bekerjasama dan berkongsi maklumat berkaitan kes-kes tumpahan minyak serta insiden-insiden berkaitan sektor gas dan panduan dalam menangani critical hazard situation dengan pihak MKN secara lebih serius lagi dan amat berharap agar penyertaan mereka di dalam mana-mana mesyuarat keselamatan peringkat daerah dapat direalisasikan.

YBrs. Tuan PKN turut mengambil peluang dengan menerangkan pentingnya peranan sektor swasta seperti Petronas dalam membantu pihak kerajaan serta masyarakat untuk menghadapi pandemik wabak Covid-19 ini dengan suasana normal baharu. Program taklimat kesedaran di kalangan pelajar UTP perlu dianjurkan agar peringatan terhadap bahaya wabak Covid-19 sentiasa tersemat di kalangan pelajar serta pensyarah.

YBrs. Tuan PKN juga amat berharap agar agensi swasta seperti Petronas dapat sentiasa bekerjasama antara satu sama lain dengan agensi kerajaan pada setiap masa (connected & communicated).

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …