SEMCO-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKASAKAN

Pelbagai kaedah telah diputuskan oleh Crisis Management Committee Wilayah Persekutuan (CMC WPKL) dalam usaha mengesan dan memutuskan rangkaian Covid-19. Selain daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran Bersasar (Targeted Enhance Movement Control Ordre – TEMCO), CMC WPKL juga telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkasakan (Semi Enhance Movement Control Order (SEMCO). Pasar Jalan Raja Bot, Taman Wilayah, Flat Desa Bakti, Jalan Kancil Off Jalan Pudu adalah antara lokasi yang telah dilaksanakan SEMCO.

SEMCO merupakan pendekatan alternatif untuk mengesan dan menyaring semua kontak rapat pesakit covid-19 dengan memberi sedikit kelonggoran kepada penduduk untuk keluar dan masuk. CMC WPKL atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah dan Ibu Pejabat Polis Daerah akan menetapkan perimeter kawasan yang akan dikenakan SEMCO. Sebagai contohnya, CMC WPKL telah menerima notifikasi  awal daripada Pejabat Kesihatan Daerah  mengenai penularan  Covid-19 di sekitar Pasar Jalan Raja Bot. Dengan mengambil kira faktor persekitaran dan kependudukan, CMC WP telah memutuskan untuk melaksanakan SEMCO di sekitar Jalan  Raja Bot. Lorong Raja Bot dan  Jalan Raja Alang bagi tujuan menjalankan saringan kepada 1,650 orang penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Hanya penduduk tempatan dan warga asing yang mempunyai dokumen yang sah sahaja dibenarkan keluar dan masuk ke kawasan ini. Manakala kedai-kedai di kawasan ini dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang. Manakala, hanya satu jalan keluar dan masuk akan dibuka. Seluruh kawasan ini juga akan dipasang dengan kawat duri dan dikawal oleh anggota PDRM dan ATM. Sekatan jalan raya akan diadakan di setiap laluan utama ke kawasan ini.

 

SEMCO telah memudah urusan Pejabat Kesihatan untuk membuat saringan dan pengesanan kontak rapat. Melalui kaedah ini penduduk boleh mendapat bekalan keperluan harian. Semua penduduk yang telah disaring diarahkan menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari. Semua kontak rapat akan diasingkan dan ditempatkan di pusat kuarantin yang telah digazetkan

Gambar : Ihsan daripada FB WilayahKu

 

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut