APA YANG MENARIK DI JALAN ALOR?

Di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang terdapat tarikan baharu iaitu Jalan Alor Street Art. Lukisan mural tersebut adalah projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ianya bertujuan menaik taraf kawasan di sekitar ibu kota bagi menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara menghargai lokasi terbiar.

Lima lorong kecil di sekitarnya telah dibersihkan dan dinding belakang kedai dan bangunan dilengkapi dengan pelbagai corak lukisan mural yang cantik. Pemandangan unik itu menjadikan lokasi di Jalan Alor sebagai tempat istimewa dan memberikan suasana menarik yang boleh melekakan kita seketika.

Terasa teruja apabila berjalan di kawasan sekitar kawasan tersebut kerana dinding bangunan yang dulunya kelam dan kelabu, di warnai dengan lukisan pokok serta serangga antaranya pepatung, rama-rama, burung, kumbang dan siput!

Kalau berada di Bukit Bintang, jangan lupa ke sini, hanya 5 minit perjalanan dari MRT Bukit Bintang!

Gambar: Ihsan daripada http://life-of-a-traveller.blogspot.com/2019/04/jalan-alor-street-art-bukit-bintang.html

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut