WORLD CLASS MAYOR : DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

Dato’ Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke-12 mempunyai karisma kepimpinan yang membawa Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia. Pengalaman beliau selama 37 tahun dalam pelbagai agensi di peringkat pusat dan negeri antaranya di Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Tanah Daerah Gombak dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah  membawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke arah kecemerlangan  selaras dengan visi dan misinya.

Ketika penularan Covid-19, beliau telah mengambil pelbagai inisiatif  untuk membantu warga kota seperti menyelamatkan golongan gelandangan dengan menempatkan mereka di pusat-pusat komuniti seperti Pusat Komuniti Setiawangsa, Dewan Serbaguna Alam Damai dan sebagainya yang telah diubah suai untuk tempat tinggal sementara golongan tersebut.

Dalam masa yang sama, DBKL turut menyalurkan bantuan logistik seperti khidmat sanitasi awam, khemah-khemah saringan kesihatan, mengagihkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan tindakan pemantauan serta penguatkuasaan.

Bagi mengiktiraf usaha-usaha tersebut, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah dicalonkan dalam Top World Mayor Contest

Ayuh klik butang!

Isi borang World Mayor :
http://www.worldmayor.com/co…/longlist-world-mayor-2021.html

 

     

#supportdatukbandar  #worldmayor #norhishamahmaddahlan #malaysiaprihatin

 

Gambar : Ihsan daripada FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

 

Artikel/Berita Terkini

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut