PEMANTAUAN PKP DI STESEN SENTRAL KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER 2020 – Tim Pematuhan PKP MKN WPKL telah melaksanakan pemantauan pematuhan di Stesen Sentral Kuala Lumpur. Hasil tinjaun mendapati Stesen Sentral Kuala Lumpur dan premis-premis yang terdapat di dalamnya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan oleh Kerajaan.

Pengunjung juga turut menunjukkan pematuhan SOP yang memuaskan. Terdapat Polis Bantuan dan kakitangan Stesen Sentral yang bertugas di pintu-pintu masuk utama di bangunan stesen tersebut untuk memeriksa suhu dan memastikan setiap pengunjung mencatat maklumat diri samaada melalui aplikasi Mysejahtera atau di dalam buku yang telah disediakan. Di setiap pintu keluar juga ditempatkan Polis Bantuan atau pengawal keselamatan bagi mengelakkan laluan tersebut digunakan oleh pengunjung sebagai jalan masuk tanpa memeriksa suhu dan mencatat maklumat diri. Pemantauan yang lebih kerap perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan kepada SOP yang telah dikeluarkan terutama ke atas penjarakkan sosial terutama pada waktu puncak.

 

#PatuhiSOP #kitaJagaKita #kitaPastiMenang

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut