AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA (PINDAAN) 2019 (AKTA 446)

Akta 446 (Pindaan) telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 15 Julai 2019 dan Dewan Negara pada 31 Julai 2019, seterusnya diwartakan pada 18 Sept 2019. Akta ini adalah akta yang berkaitan penyediaan perumahan, penginapan dan kemudahan kesihatan pekerja oleh majikan semua sektor. Kemudahan penginapan kepada pekerja perlu menepati piawaian ditetapkan bagi mengelak daripada majikan dikenakan  didenda.

Beberapa kes kluster tapak bina telah dikesan di Kuala Lumpur, menunjukkan bahawa warga  asing adalah golongan yang berisiko untuk dijangkiti COVID-19.  Budaya menginap secara beramai-ramai atau bersesak-sesak dalam satu unit kediaman selain tahap kebersihan premis yang kotor, penguatkuasaan Akta 446 (Pindaan) 2019 dijangkan akan dapat mencegah penularan  wabak penyakit selaras dengan saranan Syor 115 (Syor Perumahan Pekerja 1961) Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Walaupun Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan akta ini bermula 1 September 2020, Kerajaan memberi jaminan tidak akan mengambil tindakan denda terhadap majikan yang melanggari Akta ini sehingga Disember tahun ini.  Denda hanya akan dikenakan sebagai penyelesaian terakhir. Hal ini bagi membolehkan pihak yang berkaitan untuk memberi kesedaran dan mendidik semua majikan terlebih dahulu agar mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.

Gambar : Ihsan daripada FB CIDB 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut