PROGRAM ‘MOH KENEI PERAK’

Sumber Foto : FB Jabatan Pertanian

‘Moh Kenei Perak’ adalah salah satu program hasil cetusan idea Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Faizal Azumu bagi mempromosi dan memperkenalkan tempat-tempat menarik di Negeri Perak untuk dijadikan sebagai tempat perlancongan.

Program ini mengandungi 13 episod dan berdurasi selama 25 minit yang mana ia akan melibatkan keseluruhan 12 Daerah di dalam Negeri Perak dengan menitikberatkan 6 segmen utama iaitu pelancongan,ekonomi, warisan Budaya, cari makan, dialek dan Perak Green dan sosial.

Moh Kenei Perak atau bahasa mudahnya adalah Mari Mengenali Perak ini dihoskan oleh pelakon Zul Huzaimy Marzuki dan Nurshiha Zikir yang juga penyanyi tanah air.  Program ini akan mula ditayangkan pada 3 September 2020 setiap hari Khamis jam 5.35petang-6.00petang di TV3.

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …