MKN Perak Jamin Pusat Kuarantin Selamat

COVID-19 | MKN Perak Jamin Pusat Kuarantin Selamat

COVID-19 | MKN Perak Jamin Pusat Kuarantin SelamatMajlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Perak menafikan dakwaan pengunaan sebuah hotel di Seri Iskandar, sebagai pusat kuarantin COVID-19 bagi individu yang pulang dari luar negara, akan menjejaskan kesihatan penduduk sekitar.

Posted by Buletin TV3 on Sabtu, 15 Ogos 2020

 

 

Sri Iskandar – Susulan bantahan penduduk dan Persatuan Peniaga mengenai pemilihan sebuah Hotel di Sri Iskandar yang dijadikan Pusat Kuarantin baru-baru ini, Pengarah MKN Perak Khairul Ridzuan bin Mat Said menyangkal dakwaan kononnya kawasan sekitar hotel tersebut tidak selamat dan menjejaskan kesihatan penduduk sekitar.  Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan bahawa pemilihan Pusat Kuarantin itu adalah selepas merujuk kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dan telah mengambil kira semua aspek keselamatan. Pada masa yang sama, Pusat Kuarantin itu juga dikawal rapi oleh petugas kesihatan bagi memastikan individu yang dikuarantin mematuhi peraturan pusat kuarantin tersebut.

Dalam bantahan itu juga, Persatuan peniaga mendakwa bahawa perniagaan mereka terjejas kerana Hotel yang dijadikan Pusat Kuarantin itu berada bersebelahan dengan Pasaraya Besar dan berdekatan dengan premis-premis perniagaan lain yang membuatkan orang ramai berasa takut dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak  berada di kawasan tersebut.

Tinjauan PKN Perak ke Pusat Kuarantin di Sri Iskandar

 

Oleh itu, Pengarah MKN Perak menasihatkan kepada orang ramai agar tidak perlu bimbang dan teruskan menjalani aktiviti seperti biasa kerana pelaksanaan kuarantin ini adalah sebagai langkah untuk memenuhi syarat bagi individu yang pulang dari luar negara dan orang ramai perlulah memastikan amalan norma baharu iaitu menjaga kebersihan dan penjarakan fizikal terus diamalkan.

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut