PULAU PINANG, 30 Mac 2020 – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2020 telah berlangsung pada hari ini bagi menyelaras, memantau dan menguatkuasakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 ini bersama-sama dengan Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan Persekutuan.
Secara Keseluruhannya, Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Y.A.B Tuan Chow Kon Yeow berpuas hati dan berterima kasih dengan komitmen semua agensi barisan hadapan Kerajaan dalam melaksanakan PKP ini bagi membendung penularan wabak Covid-19 ini.