TTX KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA – THAILAND

7 Februari 2020 – Table Top Exercise (TTX) Kawalan Sempadan Malaysia – Thailand (Negeri Perak) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu telah berlangsung dengan jayanya  di Dewan Utama Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak. Latihan ini diadakan secara ‘Table Top Exercise’ (TTX) melibatkan jabatan dan agensi keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan dan pengendalian kes ancaman keselamatan di kawasan sempadan.

Objektif TTX ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan peranan setiap agensi yang berada di kawasan sempadan dalam aspek kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang ancaman keselamatan di kawasan sempadan darat Malaysia-Thailand (Negeri Perak), menguji kerjasama, sistem perhubungan, jalinan, perintah dan pengawalan antara agensi di sempadan serta menambahbaik dan mengemaskini pelaksanaan tugas untuk semua agensi yang terlibat.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rodzi Bin Md Saad, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan) MKN, Jabatan Perdana Menteri. Dalam ucapannya beliau menyeru agar semua agensi dan jabatan sentiasa bersiapsiaga dalam memastikan kawalan keselamatan di sempadan negara dalam keadaan baik dan selamat di samping sentiasa peka dan bekerjasama  dalam menangani isu-isu terkini berkaitan wabak, isu PATI atau pencerobohan di kawasan sempadan.

Hadir sama dalam majlis ini adalah  YBrs. Tuan Khairul Ridzuan Bin Mat Said, Pengarah Keselamatan Negara, Negeri Perak.

 

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut