UTUSAN MALAYSIA, KOTA KINABALU 17 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mempengerusikan bersama Mesyuarat Lembaga Penasihat Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang pertama di sini hari ini.
Mesyuarat yang bermula pada pukul 10.30 pagi itu turut dihadiri anggota Lembaga Penasihat Esszone antaranya Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Tan Sri Dr. Zulkifeli Mohd. Zin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.
Menurut kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri akan menjadi urusetia kepada Lembaga Penasihat itu.
βPewujudan Lembaga Penasihat Esszone ini diputuskan oleh Mesyuarat Sidang Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Januari lalu,β katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri menambah, penubuhan Lembaga Penasihat itu akan dapat memantapkan lagi pengurusan keselamatan di Esszone yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi di peringkat persekutuan serta negeri.
Kata beliau, ini bagi memastikan ancaman-ancaman keselamatan seperti penculik untuk tebusan, penyeludupan, kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan cubaan kali kedua pencerobohan pengganas Sulu.
βRakyat Sabah khususnya di pantai timur perlu sentiasa peka dan prihatin mengenai ancaman-ancaman ini selain memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Esscom dalam menyalurkan maklumat mengenai ancaman tersebut,β katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, sebanyak empat kertas pembentangan yang dibincangkan dalam mesyuarat pertama itu