ENAKMEN KAWALAN HIBURAN DAN TEMPAT-TEMPAT HIBURAN 2024 KELANTAN KUATKUASA 1 JANUARI INI

Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2024 yang akan berkuat kuasa di Kelantan pada 1 Januari ini bertujuan untuk menguatkan kawalan terhadap aktiviti hiburan.

Enakmen ini yang diluluskan pada November lalu, mewajibkan individu atau syarikat yang ingin menganjurkan acara hiburan untuk mengemukakan permohonan sebulan lebih awal.

Perubahan utama dalam enakmen ini termasuk kenaikan kadar denda maksimum hingga RM50,000 atau penjara lima tahun, serta peningkatan kadar deposit cagaran hiburan sehingga RM20,000.

Kesalahan yang melibatkan larangan boleh dikenakan denda hingga RM30,000 atau penjara tiga tahun.

Enakmen ini juga memperkenalkan denda lebih tinggi bagi kesalahan umum dan kesalahan berkaitan penggunaan alat elektronik.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut