LELAKI MYANMAR MAUT DIPERCAYAI CURI KABEL

Alor Gajah – Lelaki warga Myanmar yang ditemui mati bersebelahan rumah kuasa sebuah syarikat utiliti petang semalam, dipercayai terbabit dalam kegiatan curi kabel.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Azrul Mohamed berkata, lelaki berusia 29 tahun itu yang juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang disyaki terkena renjatan elektrik.

“Siasatan di lokasi mendapati terdapat kabel-kabel yang telah dipotong dan dia disyaki terkena renjatan elektrik ketika cubaan mencuri kabel,” katanya.

Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian turut menemui peralatan mencuri kabel termasuk pemotong besi.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi memastikan jika terdapat pembabitan individu lain dalam kes ini.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat selain kes diklafikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …