MAIM KOMITED PERKASA USAHAWAN ASNAF

Bandaraya Melaka – Golongan usahawan asnaf di negeri ini terus menerima suntikan semangat untuk maju menerusi pelbagai bentuk bantuan disalurkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) termasuk peralatan perniagaan .

Menurut Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis, untuk tahun ini sahaja hampir RM400,000 peruntukan wakalah Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah disalurkan untuk diagihkan kepada asnaf negeri ini.

“Bantuan itu merangkumi pemberian sebuah ‘food truck’, dua bot nelayan, 10 motosikal roda tiga, kira-kira 30 hingga 40 mesin rumput, pelbagai peralatan memasak dan perniagaan lain bagi memperkasa ekonomi asnaf setempat.

“Usaha itu membuktikan komitmen berterusan dalam meningkatkan taraf hidup asnaf melalui peluang perniagaan yang lebih tersusun dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Pelepasan Peserta Program Explorace Jejak Rasul @ MAIM 2025 di Dataran Masjid Al-Azim, di sini, pada Ahad.

Majlis pelepasan itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md Azhan Samat.

Menurutnya, bantuan ini bukan hanya memberi modal dalam bentuk peralatan, tetapi juga melibatkan kursus keusahawanan, bimbingan dan pemantauan.

“Kita memilih usahawan asnaf yang telah mengikuti kursus awal dan menunjukkan potensi sesuai dalam bidang perniagaan diminati, sekali gus memastikan mereka benar-benar bersedia untuk berdikari.

“Pemantauan akan dilakukan dalam tempoh enam bulan pertama bagi memastikan bantuan diberikan dimanfaatkan sepenuhnya.

“Selain kursus dan latihan bersama beberapa agensi, kita juga melakukan sesi temuduga bagi menilai kesesuaian penerima bantuan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …