SULTAN PAHANG TITAH SEMUA MASJID, SURAU DI PAHANG LAKSANA SOLAT HAJAT TOLAK BALA

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di seluruh Pahang melaksanakan solat hajat serta doa menolak bala, malam esok.

Titah baginda dizahirkan berikutan beberapa siri bencana gempa bumi yang membabitkan Malaysia baru-baru ini, sekali gus menzahirkan rasa prihatin dan kebersamaan baginda terhadap kesejahteraan rakyat serta keselamatan negeri.

“Baginda bertitah supaya umat Islam di negeri Pahang sentiasa memperkukuhkan doa, meningkatkan amal ibadah serta bersatu hati memohon perlindungan Allah SWT daripada sebarang musibah,” menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang hari ini.

Menurut hantaran itu, baginda turut meminta rakyat bersama-sama berdoa Allah SWT melindungi negeri Pahang daripada segala bencana serta mengekalkan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran untuk seluruh rakyat.

Jabatan Mateorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengesahkan gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud berlaku pada 8.59 pagi tadi di Segamat, Johor dengan gegaran dilapor dirasai di beberapa kawasan di negeri itu serta selatan Pahang.

Pada 24 Ogos lalu, MetMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di daerah sama pada 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1 disusuli gegaran kedua pada 9 pagi di Yong Peng, 28 kilometer barat laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 kilometer.

SUMBER: BERITA HARIAN

27 OGOS 2025

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …