π—˜π——π—”π—₯𝗔𝗑 π—π—”π—Ÿπ—¨π—₯ π—šπ—˜π— π—œπ—Ÿπ—”π—‘π—š

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2025, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah melaksanakan program pengedaran Jalur Gemilang kepada orang awam di Pangkalan Raja Tun Uda. Inisiatif ini bukan sekadar simbolik, malah merupakan usaha menyemarakkan semangat patriotisme serta menghargai perjuangan para pejuang yang telah berkorban demi kemerdekaan tanah air kita.

Marilah bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di mana jua kita berada sebagai lambang perpaduan, semangat cintakan negara, dan tanda penghargaan kepada nenek moyang yang telah berusaha gigih untuk mencapai kemerdekaan yang kita nikmati hari ini.

Sumber : Suruhanjaya Pelabuhan Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/SuruhanjayaPelabuhanPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …