MENTERI ASEAN ‘BERKAMPUNG’ DI MELAKA BINCANG JENAYAH RENTAS SEMPADAN

Ayer Keroh – Melaka bakal menjadi tuan rumah kepada satu lagi acara besar iaitu Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-19 pada 8 hingga 12 September depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, mesyuarat itu akan dihadiri negara-negara seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Kemboja, Laos, Vitenam dan Filipina, selain turut menampilkan pemerhati serta rakan dialog dari China, Jepun dan Korea Selatan.

Menurut beliau, mesyuarat itu juga akan menonjolkan peranan Malaysia menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam mengetuai perbincangan dan merangka perancangan bagi menangani isu jenayah rentas sempadan, khususnya membabitkan negara serumpun di Asia Tenggara.

“Kebanyakan negara yang terlibat adalah bersempadan dengan Malaysia, jadi perbincangan jenayah rentas sempadan ini akan menjadi medan untuk bagaimana negara-negara terlibat merangka strategi dan mencadangkan nilai tambah terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung di Selamat Pagi Malaysia menerusi segmen Melaka Pentas Dunia: Dari ASEAN ke Pelancongan Global Bersama YAB Ketua Menteri Melaka, hari ini.

Menurut Ab Rauf, sebagai tuan rumah mesyuarat berkenaan, Melaka telah bersedia dalam pelbagai sudut untuk memastikan kelancaran mesyuarat berkenaan, termasuklah dalam sudut keselamatan, logistik dan penginapan.

Sementara itu, KDN menerusi satu kenyataan memaklumkan, mesyuarat berkenaan dijangka membincangkan pelbagai isu jenayah rentas sempadan termasuk pemerdagangan manusia, penyeludupan, jenayah siber dan keganasan.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …