MPAG FOKUS TANGANI ADUAN KEBERSIHAN, TERNAKAN BERKELIARAN

Seri Negeri – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dari semasa ke semasa meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada penduduk sekitar daerah ini terutamanya melibatkan aspek kebersihan, ternakan berkeliaran dan keceriaan.

Yang Dipertua MPAG Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, pihaknya juga amat peka dan cakna terhadap aduan melibatkan soal kebersihan dan ternakan berkeliaran berikutan ia melibatkan kepentingan awam.

Katanya, selaras dengan inisiatif merakyatkan pentadbiran Kerajaan Negeri pihaknya akan memastikan setiap tindakan susulan daripada aduan diterima memberikan impak kepada orang ramai.

“MPAG akan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik dalam pelbagai acara atau aktiviti anjuran Kerajaan Negeri termasuk Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR).

“Kami meneliti banyak aduan melibatkan isu haiwan ternakan berkeliaran dan perkara berkaitan kebersihan serta keceriaan yang perlu diberikan perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, di Balai Istiadat, Seri Negeri, di sini, semalam.

Terdahulu pada istiadat itu TPr. Saifuddin menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …