PPM SABAH TUMPAS SINDIKET ROKOK SELUDUP, MINYAK HARAM

RAMPASAN: Suspek dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk siasatan lanjut.

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menumpaskan dua kegiatan penyeludupan membabitkan rokok seludup dan minyak haram menerusi dua serbuan berasingan di daerah ini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim, berkata dalam serbuan pertama, sepasukan anggota PPM Sandakan bersama Unit Gempur Marin menyerbu sebuah rumah di Taman Indah Jaya, Batu 4, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 90,800 batang rokok seludup pelbagai jenama yang disembunyikan dalam bekas plastik.

“Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun turut ditahan dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM129,618. Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, dalam operasi berasingan, Unit Risikan Markas PPM Wilayah 4 Sabah menyerbu sebuah gudang minyak haram di Jalan Batu 27, Sandakan.

“Ketika serbuan, dua lelaki tempatan berusia 26 hingga 66 tahun ditahan selepas didapati sedang memindahkan minyak dari tong simpanan sementara ke dalam tangki lori dipercayai bagi tujuan pasaran sindiket.

“Nilai rampasan minyak dianggarkan RM228,935 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Nazri berkata, pihaknya komited memperhebatkan operasi membanteras kegiatan penyeludupan dan sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada orang awam bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan negara terus terjamin.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …